Selasa, 4 Jun 2013

TURKI : Erdogan meruntuhkan Sekularisme Ataturk !

Negara Sekular: episod lembaran sejarah Turki
 
Pembentukan Republik Turki dan perlantikan Mustafa Kemal Ataturk sebagai presiden pertama pada 29 Oktober 1923 merupakan tarikh bersejarah buat rakyat Turki. Sebelumnya, pada 17 November 1922, khalifah terakhir empayar Islam Uthmaniyyah, Sultan Mehmed IV meninggalkan Turki dan hidup dalam buangan. Hal ini menyebabkan kesedihan kepada umat Islam. Berakhirlah empayar Islam Uthmaniyyah dan lahirlah sebuah negara Turki sekular.

Ataturk disanjung semasa hayatnya dan dikenang selepas kematiannya, sebagai Bapa Turki moden dan pengasas fahaman sekularisme kepada negara Turki baharu yang lahir selepas kejatuhan empayar Islam Uthmaniyyah. Beliau adalah presiden, perdana menteri, dan speaker parlimen pertama Turki moden. Untuk menjadi moden, Ataturk percaya, Turki perlu mengikut Barat sama ada dalam politik mahupun budaya. Apa yang Ataturk percaya itulah yang perlu dijadikan panduan bagi negara Turki dan rakyatnya.
Pemakaian Barat dipromosikan secara habis-habisan. Rakyat Turki digalakkan untuk berpakaian mengikut fesyen Barat yang nampak lebih moden. Ataturk merasakan pemakaian tudung sebagai simbol kemunduran. Sesuatu yang agak menjelikkan, pemakaian tudung diharamkan di semua bangunan milik kerajaan termasuk di universiti. Pada bulan Mei 1999, seorang ahli parlimen wanita dilarang mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen kerana memakai tudung. Kakitangan wanita yang bekerja dengan kerajaan tidak dibenarkan memakai tudung. Negara sekular dan bukan Islam seperti Amerika Syarikat sendiri tidak mengharamkan pemakaian tudung.

Semua pengganti Ataturk berpegang kuat kepada sekularisme. Sebarang campur tangan agama dalam hal ehwal kerajaan ditentang. Penubuhan parti politik yang mewakili agama diharamkan. Setakat ini, sudah dua parti politik diharamkan iaitu Parti Refah pada tahun 1998 dan Parti Fazilet pada tahun 2001. Kedua-dua parti ini dikatakan cuba melenyapkan sekularisme di Turki dengan aktiviti parti yang cenderung kepada Islam. Parti pemerintah sekarang, Parti Adalet ve Kalkınma, dipantau kerana dilihat cenderung ke arah menerapkan nilai Islam secara perlahan-lahan kepada rakyat Turki.

Turki menjejak Era Reformasi

Recep Tayyip Erdogan
Ramai tidak tahu, di sebalik wajah Turki sebagai sebuah negara sekular, kerajaan yang memerintah sekarang adalah sebuah kerajaan yang giat mempromosikan nilai Islam dan secara perlahan-lahan menghakis sekularisme di Turki. Kerajaan Turki yang dibentuk oleh Parti Adalet ve Kalkınma (AKP), dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan, yang kini menjadi Perdana Menteri Turki. Kebanyakan pemimpin di dalam AKP adalah aktivis Islam dan bekas ahli parti politik Islam yang diharamkan sebelum ini. 

Perdana Menteri, Erdogan yang aktif dalam aktiviti menyuburkan nilai Islam di Turki pernah dipenjarakan kerana bacaan puisi yang disifatkan sebagai membakar semangat orang ramai untuk kembali kepada Islam dan mengabaikan sekularisme.

Turki sebelumnya pernah mempunyai perdana menteri yang sama seperti Erdogan. Perdana Menteri Necmettin Erbakan adalah seorang aktivis Islam dan Perdana Menteri Turki yang pertama yang menolak fahaman sekularisme. Kerana tindak-tanduknya yang banyak berlawanan dengan sekularisme, beliau menerima tekanan daripada tentera untuk meletak jawatan. Lebih parah lagi beliau kemudian diharamkan daripada menyertai politik. Erbakan hanya sempat menjadi perdana menteri selama setahun.
Adakah Erdogan akan menerima nasib seperti Erbakan? Erdogan bernasib lebih baik daripada Erbakan. Walaupun sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Erdogan adalah seorang yang kuat menyokong perjuangan Islam dan penentang sekularisme, genap 14 Mac 2011, Erdogan sudah 8 tahun menjadi Perdana Menteri. Sungguh menakjubkan. Erdogan berjaya mempertahankan kedudukannya di samping meneruskan perjuangan menyuburkan nilai Islam di Turki secara agresif tetapi teratur. Perjalanan Erdogan bukan mudah. Parti pimpinannya, AKP hampir sahaja diharamkan pada tahun 2008 kerana aktiviti Islam mereka. AKP diberi amaran keras dan dikenakan penalti dengan dana awam disekat kepada separuh. AKP dan Erdogan membuka lembaran baharu untuk Turki.

Presiden Turki, Abdullah Gul yang juga merupakan barisan
ABDULLAH GUL
pimpinan AKP menjadi Presiden Turki yang pertama daripada kalangan Islamis, bukan daripada kalangan golongan sekular sejak Ataturk. Kedua-dua isteri kepada Presiden Gul dan Perdana Menteri Erdogan memakai tudung, sesuatu yang sangat jelik untuk diterima golongan sekular. Pencalonan Gul sebagai presiden ditentang golongan sekular termasuk tentera. Majlis angkat sumpah Gul sebagai Presiden Turki memang penuh kontroversi. Barisan tertinggi tentera yang sepatutnya menghadiri majlis angkat sumpah presiden, tidak menghadiri majlis tersebut sebagai tanda protes.

Tentera cemeti rakyat Turki

Di Turki, selain daripada kerajaan yang berkuasa, ada dua pihak lagi yang mempunyai pengaruh besar kepada negara. Pihak tentera dan mahkamah perlembagaan adalah dua entiti berpengaruh. Kerajaan demokratik yang dipilih rakyat pernah digulingkan oleh tentera sebanyak empat kali semenjak tahun 1960. Tentera Turki mempunyai rekod mencampuri urusan kerajaan atas nama mempertahankan sekularisme di Turki. Mahkamah perlembagaan pula berkuasa dalam memastikan sebarang undang-undang yang diluluskan parlimen adalah
selari dengan agenda sekularisme yang dipertahankan. Mahkamah perlembagaan di Turki mempunyai rekod mengharamkan parti politik dan ahli politik daripada bertanding di pilihan raya jika didapati boleh menggugat prinsip sekularisme, warisan Ataturk yang dipertahankan selama ini.

Perdana Menteri Erdogan sendiri pernah menjadi mangsa dihumbankan ke dalam penjara dan dihalang untuk berpolitik untuk beberapa tahun. Pada 9 Februari 2008, parlimen yang dikuasai AKP telah meluluskan pindaan perlembagaan untuk tidak lagi menyekat pemakaian tudung di universiti. Pindaan perlembagaan ini menjadi sangat kontroversi dan dibawa ke mahkamah perlembagaan. Seperti dijangka, mahkamah perlembagaan memutuskan pindaan perlembagaan yang diluluskan parlimen adalah tidak sah dan bertentangan dengan prinsip sekularisme yang dipertahankan.

Turki adalah bangsa yang mempunyai lebih separuh penduduk  yang taat kepada ajaran Islam. Namun Ataturk dan sekularisme yang dibawa telah memusnahkan rakyat Turki. Sekularisme masih hidup walaupun ada yang menentangnya kerana pihak tentera, mahkamah perlembagaan, parti politik, golongan elit dan ahli akademik yang sekular masih mempertahankannya. 

Di dalam tentera, jelik untuk kita mendengar bahawa anggota tentera yang didapati bersembahyang dan mempunyai isteri yang memakai tudung akan dikenakan tindakan disiplin. Ini terkandung di dalam Laporan Suruhanjaya AS ke atas Kebebasan Beragama 2008. Sudah menjadi kebiasaan anggota tentera terutamanya barisan tertinggi tentera makan secara terbuka pada siang hari ketika bulan Ramadhan. Yang lebih teruk adalah ada antara mereka yang minum arak tanpa rasa malu dan bersalah pada bulan puasa. Ataturk sendiri seorang peminum minuman keras yang tegar.

Badai dan Cahaya Bahtera AKP, Gerakan Islam Turki
 
Ketegangan antara puak sekular dan Islam semakin memuncak sejak AKP mengambil alih pentadbiran kerajaan. AKP telah banyak menaikkan kemarahan puak sekular. Ketika memegang kuasa dalam kerajaan, AKP telah dibawa ke mahkamah perlembagaan untuk mengharamkan AKP. Majalah The Economist telah menyatakan kerajaan Turki di bawah pimpinan AKP merupakan pentadbiran kerajaan Turki yang terbaik dalam beberapa dekad ini. Hiperinflasi yang melanda Turki selama tiga dekad telah berjaya dikurangkan secara agresif sejak AKP mengambil alih pentadbiran. AKP juga dilihat sebagai pentadbiran kerajaan yang paling bersih berbanding kerajaan Turki sebelumnya yang banyak terlibat dengan rasuah.

Apabila pejabat pendakwa raya mengheret AKP ke mahkamah perlembagaan, isu ini telah mendapat perhatian Kesatuan Eropah (EU). Mahkamah perlembagaan merasakan
KESATUAN EROPAH (EU)
tekanan yang besar yang akan diterima jika mahkamah mengharamkan AKP yang mendapat mandat besar daripada rakyat. Turki adalah negara yang memohon untuk menyertai EU. Antara perkara yang diberi perhatian EU adalah demokrasi dan kebebasan berpolitik. Situasi sekarang adalah berbeza dan tidak sama dengan apa yang berlaku beberapa dekad dahulu. EU sendiri secara jelas tidak mahu AKP diharamkan dan akan menggantung sebarang perbincangan lanjut tentang keanggotaan Turki ke dalam EU jika AKP diharamkan.
Ketegangan antara pihak sekular dan AKP semakin menjadi-jadi. Tangkapan demi tangkapan yang dilakukan polis terhadap sebilangan golongan sekular atas tuduhan ingin menumbangkan kerajaan pimpinan AKP melalui jalan keganasan. Dalam bukti yang dibawa ke mahkamah, beribu-ribu kertas dokumen, senjata yang dirampas yang mempunyai kesan cap jari, perbualan telefon yang dirakam, dokumen bertandatangan menunjukkan plot yang dirancang untuk menggulingkan kerajaan. Golongan ini dilabel sebagai ‘ergenokon’. Mereka terdiri daripada bekas pimpinan tertinggi tentera, sebilangan kecil pimpinan tentera yang masih berkhidmat, bekas ahli Majlis Keselamatan Negara, bekas ketua polis, ahli akademik, pemimpin mafia dan wartawan. Ada yang telah dibicarakan dan ada perbicaraan yang masih berjalan.
Berpandukan kepada bukti, golongan ini antaranya pernah merancang untuk meletupkan dua masjid di Istanbul dan menyemarakkan provokasi dengan negara Greece. Mereka juga merancang untuk membunuh ahli politik, hakim, pemimpin agama, ahli akademik, staf tentera, dan pemimpin negara jiran dan kemudian ‘ditunjukkan bukti’ untuk meletakkan kesalahan kepada orang lain. Semua ini dirancang dengan rapi untuk mencipta suasana huru-hara di Turki. Hal ini kemudiannya akan memberikan laluan kepada tentera untuk mengambil alih kuasa daripada kerajaan pimpinan AKP.
Tangkapan demi tangkapan dilakukan dari tahun ke tahun.

Ini sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Turki. Ini pertama kali berlaku kerana di satu pihak, AKP sebagai kerajaan yang memerintah memperjuangkan Islam secara halus dan masih mempunyai sokongan rakyat yang kuat. Pihak tentera pula yang menyokong sekularisme pula merasakan bahayanya AKP dibiarkan berkuasa. Sesuatu perlu dilakukan secara rahsia dan terancang. Namun semua ini tidak memihak kepada tentera kerana kerajaan dapat menghidu plot yang dirancang dan dengan segera memintas.
Pihak penyokong sekular menuduh kerajaan AKP menyalahgunakan kuasa untuk melenyapkan semua penentangnya. Tangkapan dibuat kononnya bermotifkan politik. Di pihak kerajaan pula, perkara serius sebegini perlu ditangani dengan serius kerana tidak mahu melihat Turki sekali lagi terjebak ke lembah kekacauan dan kerajaan digulingkan melalui cara yang tidak demokratik. Turki sudah menyaksikan beberapa kali kerajaan yang dipilih rakyat digulingkan oleh pihak tentera.
Erdogan dan AKP setakat ini berjaya melalui segala liku memimpin kerajaan Turki. Beliau dan AKP berdepan dengan pilihan raya Jun pada tahun ini. Pendapat umum menunjukkan AKP akan menang sekali lagi dengan majoriti yang besar. Mandat yang besar daripada rakyat memang diperlukan AKP yang dilihat berusaha untuk membuat reformasi pada perlembagaan Turki dan membawa tentera ke era baru. Apakah Erdogan akan berjaya dengan misinya atau pihak tentera sudah bersiap sedia merancang dengan teliti suatu lagi usaha rampasan kuasa secara halus? Apa pun rakyat Turki akan menjadi saksi apa yang terjadi. EU turut memerhatikan perkembangan Turki. Sama-sama kita lihat.

Krisis FIS dan Turki: Ibrah Gerakan Islam Malaysia

 
Peristiwa di Turki sedikit sebanyak memberikan pengajaran berharga kepada gerakan Islam seluruh dunia terutamanya PAS, cabaran selepas kemenangan yang sangat hebat. 
FIS di Algeria pernah memenangi
pilihanraya 1990 namun FIS difitnah dengan pelbagai tuduhan termasuk akan mengubah sistem demokrasi kepada sistem autokrasi selepas menang. Akhirnya, kemenangan ISLAM di Algeria di'guling' oleh tenteranya. 
Negara yang kaya dengan hasil minyak dan gas
Meskipun tidak nampak 'faktor luar' yang terlibat tetapi percayalah 'dalang'nya adalah musuh2 umat Islam yang sentiasa tidak senang dengan 'kehadiran' FIS. Kemenangan ISLAM di Algeria meresahkan Barat kerana Algeria adalah tempat simpanan minyak dan gas terbesar di dunia!

Di Mesir hari ini terpaksa menggantung parlimennya, demi menyelamatkan kerajaan ISLAM Mursi daripada digulingkan tentera Mesir. Di Turki juga mengalami nasib yang sama. 
 
Recep Tayyip Erdogan,
Perdana Menteri Turki
kita percaya 'dalang' demonstrasi di sana sengaja mahu mengalihkan perhatian Erdogan (Erdogan agak lantang dalam isu2 kemanusiaan terutama di Syria dan Palestin). Apatah lagi perlembagaan Turki yang
Parti Adalet ve Kalkınma (AKP),
dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan
di'kawal' oleh tenteranya. Parti Refah yang pernah menang dan memerintah Turki di'guling'kan oleh tentera Turki dan parti itu diharamkan kerana bertentangan dengan sekularisma yang termaktub dalam perlembagaan Turki.
Turki sebelumnya pernah mempunyai perdana menteri yang sama seperti Erdogan. Perdana Menteri Necmettin Erbakan adalah seorang aktivis Islam dan Perdana Menteri Turki yang pertama yang menolak fahaman sekularisme. Kerana tindak-tanduknya yang banyak berlawanan dengan sekularisme, beliau menerima tekanan daripada tentera untuk meletak jawatan. Lebih parah lagi beliau kemudian diharamkan daripada menyertai politik. Erbakan hanya sempat menjadi perdana menteri selama setahun.

Adakah Erdogan akan menerima nasib seperti Erbakan? Erdogan bernasib lebih baik daripada Erbakan. Walaupun sudah menjadi pengetahuan umum bahawa Erdogan adalah seorang yang kuat menyokong perjuangan Islam dan penentang sekularisme, genap 14 Mac 2011, Erdogan sudah 8 tahun menjadi Perdana Menteri. Sungguh menakjubkan. Erdogan berjaya mempertahankan kedudukannya di samping meneruskan perjuangan menyuburkan nilai Islam di Turki secara agresif tetapi teratur. Perjalanan Erdogan bukan mudah. Parti pimpinannya, AKP hampir sahaja diharamkan pada tahun 2008 kerana aktiviti Islam mereka. AKP diberi amaran keras dan dikenakan penalti dengan dana awam disekat kepada separuh. AKP dan Erdogan membuka lembaran baharu untuk Turki.


Sungguh, kemenangan PAS dan ISLAM di Malaysia memerlukan kekuatan yang jitu kerana PAS ketika itu bukan lagi berseteru dengan UMNO/BN
tetapi jauh lebih besar dengan kuasa2 besar dunia yang memusuhi dunia Islam. Jika 'bahtera' ini rapuh, nescaya ia akan hancur berdepan 'badai' dan 'taufan' yang menggila.

COUPLE : ANDA Pernah BerCINTA??

ASSALAMUALAIKUM CINTA


anda muslim? anda daie..

Tiada istilah 'bersara' bagi seorang muslim daripada kerja mereka, amar makruf nahi mungkar, mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran. 

Tak kira lah kita ini berjawatan, atau tidak, kecik atau besar, genius atau kurang bijak, kaya atau miskin dan macam- macam lagilah, kerja dakwah ini kewajipan bersama.

Profession daie ini memang sesuai bagi setiap orang, bermula lah dari sebesar - besar medan, dakwah menegakkan negara islam bagi pemimpin negara hingga lah sekecik- kecik lapangan, iaitu dakwah diri kita yang tidak pernah maksum dari dosa ni.
 

 PENGALAMAN DAIE: SAY NO TO COUPLE

Bagi mereka yang pernah menceburkan diri sebagai daie yang diiktiraf secara formal disekolah, contohnya menjadi Nuqaba', Ketua Pelajar, Pengawas , PRS, PSS, YDP,dan Exco Majlis Perwakilan Asrama, hatta Ketua Koperasi sekalipun, pasti berpengalaman dalam mengatasi masalah yang sama, yang tidak kurang besar kesnya, dan yang tidak selesai hingga kini, iaitu masalah COUPLE..

Buktinya apabila saya ditaklifkan jawatan disekolah, jawatan ape ye?
jawatan yang membolehkan saya merampas telefon bimbit yang dibawa secara 'haram' ke sekolah, tindakan pertama saya adalah, check inbox dan send item.
huhu =) , seronok ye bace message orang. Ape tidaknye, macam-macam ade ! macam astro.
Tindakan seterusnya, check galeri dan folder. Bukan ape pun, nak pastikan 'bersih' je..

Tapi sedih, =( , malangnye nak cari yang betul-betul bersih 5.0, susah.

Ghalibnye, mesti ade je yang message dengan kaum bernafsu sembilan, perempuan la maksudnye.
bukan message ringan- ringan bro,


''geram gler rsew..senyum gk cket law jmper.. ni x.. cayang gler kat b.."

glup! (kemam mulut, loya tengkuk) wekkk, !, ade lagi sambungan nye, ape barang msg sikit2..

"law cyg gi kelas b, engop gop..cyg tngop b..p b x paling pom..taw ar x syg cyg.."
ini lah cinta monyet =)

haha ! nakal betul budak2 ni.. baru setahun jagung, nak bermadu kasih, bercintan cintun, kate orang cinta monyet. tak kira lah monyet ke, tapir ke, ulat gonggok ke.. Yang pastinye perbuatan ni salah. Couple ni mendekatkan diri kepada zina, setiap perkara yang mendekatkan diri kepada zina adalah haram, couple tu haram la.


BAKPE HARAM NYE?

Setelah memerhatikan etika pergaulan antara lelaki dan wanita, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.

2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.

3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.

4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.

5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.

6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.


Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Apa kata ulama?


>Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.

Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing(bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan.
SebagaimanaRasulullah SAW bersabda:
 Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

>
Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang
berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka
saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?

Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam
itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.

>
Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah
menelefon gadis yang juga belum menikah?

Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan
yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya).
Sebagaimana firman ALLAH SWT; 
 Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32).

Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila
selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

 DALIL MENGHALALKAN COUPLE?

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya Keharaman bercouple lebih jelas dari
matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan
dalil yang sangat rapuh, antaranya:
1.Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah
ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup
aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil
yang kukuh.

2.Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon
pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada
kalau terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.
Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik
dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.
Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; 
Cintamu pada sesuatu membuatmu buta
dan tuli.


JANGAN CINTAI SESEORANG YANG TIDAK MENCINTAI ALLAH,
JIKA MEREKA BOLEH TINGGALKAN ALLAH, MEREKA BOLEH MENINGGALKAN MU...

SOLUSI
Fenomena Couple Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah
Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil.
Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.