Memaparkan catatan dengan label BETULKAN YANG BIASA BIASAKAN YANG BETUL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BETULKAN YANG BIASA BIASAKAN YANG BETUL. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Ogos 2013

AIDILFITRI: Dimana Buah Taqwa?

 
raye 1 bersame usrati

ramadhan berlalu hampir 4 hari..
bagi saya, aidilfitri tahun ini dirasai agak meriah..xtau la. mgkin sbb mase xbyk dihabiskn beraya atas jalan raya. xjalan jauh balik kg.dapat kenal sedare mare, jumpe sepupu sepape, kenal family member..ook
raye1, ziarah keluarge sblh umi.
raye2, gathering family sblh ab0h kt rum0h.
raye3, ziarah saem2 dan ust.
raye4, wallahu 'alam..jemputlah kerum0h.

disebalik kemeriahan beraya, berpakaian baju baru, ziarah menziarahi, dsbg.. sy tercari2.. di mana letaknye buah2 Taqwa yg disemai,dibajai dan dituai dengan bersungguh2 sepanjang 29 hari yg lalu..
tersilap letak kah?
atau telah habis 'dikerit' ulat?

kata Saidina Ali K.A.W, diantara intipati dan kenikmatan buah taqwa yg patut dirasai oleh orang yg memperolehinya ialah..
1.Takut kepada Allah S.W.T.,
2.Beramal dengan apa yang diturunkan(Al Quran)
4.Redha dengan sedikit,
5.Bersiap-sedia menghadapai kematian.

aiwah ! ayuh muhasabah, kalu inilah sifat yg menghiasi orang2 yg berjaya ramadhan lalu.. dimana kita?

1.berapa ramai yg berpakaian ala balut nangka style?
toleh kanan,pandang kiri..astaghfirullah.. macam2 'peseng'..
taqwa- beramal dengan apa y diturunkan.

''Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya..'' annur:31.

n0k tengok buah taqwa ade ke x, perhatilah mase beli baju raye..
an0k tukang pilih,berebut,sale2..less 70% jean,skinny,seluar legging,tshirt bodyfit dsbgnya. ayoh tukang bay0r,t0k bilal..beratur.. d0k pakai jug0k..hhe
alhamdulillah, family sy xde peseng2 gini..
sy drpd keluarge baik-baik, cucu orang baik-baik, keturunan baik-baik.. =)

2.boleh ke bersalam laki ngn puan?
boleh ar..bahkan berjabat tangan ni kan sunnah. tapii..
teng0k orang laa. mahram ke bukan mahram.
berhujahkn, ''salam jee,aku tak nak menyinggung hati tetamu..'',
''jangan jumud sangat, ekstrim lah''
nak tanye sket..mane penting, menyinggung hati manusia, atau menyinggung hati Allah.?
Ini bukan jumud dan ini bukan ekstrim, tetapi ini adalah prinsip Islam.

Tidak kira rakyat bersalam dengan pemimpin, pemimpin bersalam dengan rakyat.sesame sepupu, bersalaman dengan ipar, biras dll..yang paling orang keliru, pak sedare atau mak sedare sabit.

Haram bersentuhan kalau bukan mahram.

kadang2 bukan setakat bersalaman, bertepuk bahu, menjentik telinga, mencubit pinggang.. yelah sepupu, yelah kwan lame,yelah3..
tapi kalau xmenjaga batas2 ikhtilat yg disyariatkn,
ibadah boleh jadi maksiat.

p/s ringkas : jadikan amalan di aidilfitri ini satu Ibadah yg mendekat kpd Allah, bukan Adat yg dimurkaiNya.
bet0lkan yang biasa, biasakan yang betul..

Selasa, 4 Jun 2013

COUPLE : ANDA Pernah BerCINTA??

ASSALAMUALAIKUM CINTA


anda muslim? anda daie..

Tiada istilah 'bersara' bagi seorang muslim daripada kerja mereka, amar makruf nahi mungkar, mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran. 

Tak kira lah kita ini berjawatan, atau tidak, kecik atau besar, genius atau kurang bijak, kaya atau miskin dan macam- macam lagilah, kerja dakwah ini kewajipan bersama.

Profession daie ini memang sesuai bagi setiap orang, bermula lah dari sebesar - besar medan, dakwah menegakkan negara islam bagi pemimpin negara hingga lah sekecik- kecik lapangan, iaitu dakwah diri kita yang tidak pernah maksum dari dosa ni.
 

 PENGALAMAN DAIE: SAY NO TO COUPLE

Bagi mereka yang pernah menceburkan diri sebagai daie yang diiktiraf secara formal disekolah, contohnya menjadi Nuqaba', Ketua Pelajar, Pengawas , PRS, PSS, YDP,dan Exco Majlis Perwakilan Asrama, hatta Ketua Koperasi sekalipun, pasti berpengalaman dalam mengatasi masalah yang sama, yang tidak kurang besar kesnya, dan yang tidak selesai hingga kini, iaitu masalah COUPLE..

Buktinya apabila saya ditaklifkan jawatan disekolah, jawatan ape ye?
jawatan yang membolehkan saya merampas telefon bimbit yang dibawa secara 'haram' ke sekolah, tindakan pertama saya adalah, check inbox dan send item.
huhu =) , seronok ye bace message orang. Ape tidaknye, macam-macam ade ! macam astro.
Tindakan seterusnya, check galeri dan folder. Bukan ape pun, nak pastikan 'bersih' je..

Tapi sedih, =( , malangnye nak cari yang betul-betul bersih 5.0, susah.

Ghalibnye, mesti ade je yang message dengan kaum bernafsu sembilan, perempuan la maksudnye.
bukan message ringan- ringan bro,


''geram gler rsew..senyum gk cket law jmper.. ni x.. cayang gler kat b.."

glup! (kemam mulut, loya tengkuk) wekkk, !, ade lagi sambungan nye, ape barang msg sikit2..

"law cyg gi kelas b, engop gop..cyg tngop b..p b x paling pom..taw ar x syg cyg.."
ini lah cinta monyet =)

haha ! nakal betul budak2 ni.. baru setahun jagung, nak bermadu kasih, bercintan cintun, kate orang cinta monyet. tak kira lah monyet ke, tapir ke, ulat gonggok ke.. Yang pastinye perbuatan ni salah. Couple ni mendekatkan diri kepada zina, setiap perkara yang mendekatkan diri kepada zina adalah haram, couple tu haram la.


BAKPE HARAM NYE?

Setelah memerhatikan etika pergaulan antara lelaki dan wanita, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.

2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.

3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.

4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.

5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.

6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.


Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Apa kata ulama?


>Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.

Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing(bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan.
SebagaimanaRasulullah SAW bersabda:
 Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

>
Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang
berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka
saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?

Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam
itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.

>
Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah
menelefon gadis yang juga belum menikah?

Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan
yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya).
Sebagaimana firman ALLAH SWT; 
 Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32).

Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila
selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

 DALIL MENGHALALKAN COUPLE?

Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya Keharaman bercouple lebih jelas dari
matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan
dalil yang sangat rapuh, antaranya:
1.Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah
ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup
aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil
yang kukuh.

2.Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon
pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada
kalau terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.
Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik
dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat.
Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; 
Cintamu pada sesuatu membuatmu buta
dan tuli.


JANGAN CINTAI SESEORANG YANG TIDAK MENCINTAI ALLAH,
JIKA MEREKA BOLEH TINGGALKAN ALLAH, MEREKA BOLEH MENINGGALKAN MU...

SOLUSI
Fenomena Couple Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah
Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil.
Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.




Khamis, 30 Mei 2013

AWAS ! IKHTILAT..


IKHTILAT :
ETIKA DAN BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM

1.Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya.
(an-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)

2.Menutup Aurat;
ALLAH berfirman: dan jangan lah mereka
mennampakkan perhiasannya, kecuali yang
biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka
melabuhkan kain tudung ke dadanya.

(an-Nuur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-
isteri orang mukmin: Hendaklah mereka
melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak
diganggu. Dan ALLAH adalaih Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(an-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata:
Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang
lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.


3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita;
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab.
(al-Ahzaab: 53)

4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan;
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat
Bukhari & Muslim)
 Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.(Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)


5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya.Firman
ALLAH SWT; wahai isteri isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu
bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda)
sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH
kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita
berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.
(Tafsir Ibnu Kathir3/350)

6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis;
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum
besi, itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya.
(Hadis Hasan
Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-
orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44) Rasulullah SAW
tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya.

Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan
wanita sama sekali meskipun saat membaiat.
(Hadis Riwayat Bukhari)

-Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang
melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana
sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)

-Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati
kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.
(al-Isra: 32)

                                                                                                                                                                                           IBN HARUN AT-TAKIRI

Selasa, 12 Mac 2013

10 Gangguan Syaitan Ketika Solat


10 Gangguan syaitan ketika solat




Semoga ia beroleh manfaat dan sentiasa mempertingkatkan mutu ibadah kepada Allah Taala.


Antara gangguan itu adalah:




1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram 

Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.

Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.

Ibnu Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka terseksa.


2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat. 

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.” Rasulullah menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib.

“Apabila kamu merasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).


3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan 

Abu Hurairah r.a berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan 

Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan. Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).


5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat 

Ibnu Qayyim berkata: “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah. Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya, “Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


6) Melakukan gerakan yang tidak perlu 

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).


7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat 

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).


8) Menguap dan mengantuk 
  
Rasulullah bersabda bermaksud: “Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).

Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda, “Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


9) Bersin berulang kali ketika solat 

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud, “Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).

Ibnu Mas’ud berkata, “Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”


-sekadar hiasan-





10) Terasa ingin buang angin atau buang air 

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).

Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.

Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk

Jumaat, 11 Januari 2013

TUNGGU SEBENTAR, DOA LAH DULU..

surau terapung di batu buruk

Assalamualaikum warahmatullah...
assalamualaikum warahmatullah, imam melengkapkan salam yang kedua..

Mata mengerling kearah jam digital di dinding seusai solat zohor berjemaah berimamkan Ustaz Amir Hussin,

Jam menunjukkan nombor 2:30pm..
Hatiku terasa tidak senang, berbulu mata rasanya,..
apa tidaknya, ustaz masih sedang khusyuk menadah tangan ke langit, berd0a kepada Allah,,
tetapi ade sebahagian sahabat-sahabat ku sedang tekun mengalih punggung masing-masing dari kedudukan duduk tahiyat akhir..
mengorak dan mengatur langkah, bertebaran keluar daripada penjuru-penjuru Musolla Al-Muttaqin menembusi pintu tepi dan belakang..
agaknya menuju ke dewan makan, kerana pintu grill asrama masih berkunci..

setelah selesai menunaikan solat rawatib, mulutku ringan menyapa seorang adik tingkatan 2..
''ehh, dik2..tunggu kejap, enta n0k gi mane gad0h-gad0h nii?''
''n0k gi makang arrr, lap0r ea.. pintu grill blok B kunci oowp?''
ishh, budak ni.. buat2 tak tahu pulok..
''olohh, sampai d0k dang bace d0a,, lain kali duduk dulu wirid dan doa dengan imam'' pesanku bersahaja..


Sahabat-sahabat Yang Soleh
Dalam surah al-Mukmin (atau Ghafir) ayat 60 Allah berfirman,Berdoalah kepadaku akan Aku perkenankan permintaanmu.
Di samping berusaha umat Islam disuruh berdoa kerana kecemerlangan dan doa tidak dapat dipisahkan. Malah doa ialah ibu ibadah. Demikian yang disabdakan nabi mengikut riwayat Imam Tirmizi. Doa yang rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan.”
Perkara ini dinukilkan dalam kitab al-Azkar.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Mintalah kepada Allah kurniaannya. Sesungguhnya Allah menyukai permohonan (dari hambanya).”

Adab-Adab Berdoa


Doa yang diterima oleh Allah ialah doa yang datang dari hati yang khusyuk. Ketika berdoa beberapa adab perlu dijaga agar doa itu diberkati dan dimakbulkan Allah. Antara adab-adab itu ialah:

1. Memilih waktu yang mulia.
Antara waktu-waktu istimewa yang baik untuk berdoa, berpandukan hadis-hadis nabi, ialah di bulan Ramadan, pada hari Jumaat, pada hari Arafah, waktu sahur, ketika sedang berjihad, waktu hujan turun, selepas melaksanakan solat-solat fardu, antara azan dan iqamat, ketika sedang berpuasa dan ketika sedang sujud dalam solat.

2. Merendahkan diri kepada Allah dan khusyuk.
 Dalam surah Al-A’raf ayat 55 Allah berfirman, “Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan takut.” Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah tidak memperkenankan doa yang datang daripada hati yang lalai.” 

3. Bertaubat daripada dosa dan mengembalikan semula hak mereka yang telah dizalimi.
 Dosa yang dilakukan akan menjadi benteng yang menghalang penerimaan doa oleh Allah. Hal ini disebutkan dalam Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi. Allah berfirman dalam surah At-Tahrim ayat 8, “Wahai mereka yang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha (iaitu taubat yang sebenarnya).” 

4. Meyakini bahawa doa itu akan diterima.
Maksudnya, hendaklah kita berfikiran positif ketika berdoa. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Berdoalah kepada Allah dengan kamu meyakini bahawa ia akan diterima.”

5. Tidak tergesa-gesa.
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan, nabi bersabda, “Doa seseorang kamu akan diperkenankan selagi mana dia tidak bersikap tergesa-gesa dengan berkata, ‘Aku telah pun berdoa tetapi nampaknya tidak diperkenankan’.” Mereka yang tergesa-gesa bersikap seolah-olahnya mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka. Sepatutnya mereka berserah diri kepada Allah kerana Allah saja yang mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka. Berhubung dengan ini Imam Tirmizi meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, “Tidak berdoa seseorang hamba di bumi ini melainkan ianya akan diperkenankan Allah, atau dipalingkan Allah satu keburukan daripadanya setimpal dengan apa yang dipohonnya, selama mana dia tidak meminta perkara yang berdosa atau meminta untuk memutuskan tali persaudaraan.” 

6. Hendaklah dimulakan sesuatu doa dengan memuji Allah dan berselawat ke atas nabi.
Demikian juga adabnya ketika mengakhiri doa itu. Hal ini disebutkan di dalam Al-Azkar oleh Imam An-Nawawi dan Ihya Ulumuddin oleh Al-Ghazali berdasarkan beberapa hadis nabi.

7. Disunatkan mengulang-ulangi sesuatu doa 
hal ini bertujuan untuk menampakkan kesungguhan. Hal ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud melalui sahabat Abdullah ibn Masud yang berkata, “Sesungguhnya Rasulullah amat gemar mengulang-ulangi doa dan istighfar tiga-tiga kali.”

Punca Doa Tertolak

HATI-HATI APA YANG MASUK KE MULUTMU

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim,
 nabi bersabda, “Sesungguhnya Allah itu suci bersih dan Allah tidak menerima kecuali yang suci bersih jua. Dan sesungguhnya Allah mengarah orang-orang mukmin dengan sesuatu yang perlu juga dilakukan oleh rasul-rasul.
Allah berfirman, ‘Wahai rasul-rasul makanlah yang halal dan lakukanlah amalan yang salih.’
Allah juga berfirman, ‘Wahai mereka yang beriman, makanlah rezeki yang baik-baik yang dikurniakan kepadamu.’ Terdapat seorang lelaki yang bermusafir jauh sehingga menjadi kusut rambutnya dan berdebu mukanya. Lelaki ini menadahkan tangannya untuk bermohon kepada Allah dengan berkata ‘Ya Rab, ya Rab’ sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan sesuatu yang haram. Bagaimana akan diperkenankan doanya?”

Hadis ini menunjukkan sumber rezeki yang haram menjadi sebab musabab sesuatu doa ditolak oleh Allah. 

10 PUNCA DOA TIDAK DIMAKBULKAN

Ibrahim ibn Adham pernah pada suatu ketika berada di kota Basrah. Beliau ditanya tentang punca sesuatu doa tidak dimakbulkan oleh Allah. Beliau berkata,
Pertama, kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan haknya.
Kedua, kamu mengatakan bahawa kamu mencintai rasulullah tetapi kamu tidak mengikut sunahnya.
Ketiga, kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
Keempat, kamu menerima nikmat Allah tetapi kamu tidak menunaikan syukurnya.
Kelima, kamu berkata bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
Keenam, kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
Ketujuh, kamu berkata bahawa neraka itu benar tetapi kamu tidak melarikan diri daripadanya.
Kelapan, kamu berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya. Kesembilan, kamu bangun dari tidur dan kamu menceritakan tentang keaiban orang lain dan kamu melupakan keaiban dirimu sendiri.
Kesepuluh, kamu mengebumikan mayat tetapi kamu tidak mengambil pengajaran darinya.”